Sistem perhubungan dan pengangkutan Lahad_Datu

Jalan raya

Kedudukan yang strategik ini telah memudahkan Lahad Datu untuk dikunjungi sama ada melalui jalan darat, air mahupun udara. Melalui jalan darat, Lahad Datu mempunyai sistem jalan raya yang menghubungkannya dengan bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan beberapa pekan lain.

Terdapat lebih kurang 42 batang rangkaian jalan raya berturap di Lahad Datu meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Kenderaan ringan seperti kereta, van dan kereta pacuan empat roda serta kenderaan berat seperti lori dan treler juga boleh menggunakan jalan raya yang telah disediakan. Bagi kawasan kampung, kebanyakan jalan batu kelikir dibina manakala jalan tanah merah pula dibina di semua kawasan ladang kelapa sawit sebagai jalan penghubung.

Antara lebuh raya dan jalan raya utama yang terdapat di Bandar Lahad Datu ialah:

  • Lebuhraya Jalan Segama
  • Lebuhraya Jalan Silam
  • Lebuhraya Jalan Pantai
  • Jalan Lahad Datu - Sandakan
  • Jalan Lahad Datu - Tawau
  • Jalan Lahad Datu - Tungku
Jalan raya di Felda Sahabat, Lahad Datu

Bekalan elektrik

Bekalan elektrik pula adalah di bawah kawalan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang merupakan pembekal utama tenaga elektrik di Lahad Datu.

Bekalan air

Mengikut perangkaan yang dibuat oleh Jabatan Air Lahad Datu, kapasiti pengeluaran air bersih di Lahad Datu ialah kira-kira 558 juta liter sehari pada tahun 2000. Namun, ia dijangka akan meningkat dan melonjak naik dengan lebih tinggi pada masa kini kerana permintaan dan pendedahan tentang kegunaan sumber air bersih dalam kehidupan.

Lapangan terbang

Lapangan Terbang Lahad Datu

Pada 23 April 2010, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri mengumumkan Lapangan Terbang baru akan dibina di sini kerana lapangan terbang sedia ada tidak memenuhi piawaian keselamatan lapangan terbang antarabangsa atau Aviation Certification and Interoperability Office (ACIO). Penduduk Lahad Datu kini melebihi 300,000 orang.

Alternatif ialah di Silabukan, kira-kira 25 kilometer dari bandar Lahad Datu. Pilihan lain ialah Sandau, kira-kira 35 kilometer dari bandar Lahad Datu. Silabukan merupakan kawasan ladang kelapa sawit milik agensi kerajaan negeri Sabah dan lebih mudah proses tukar milik dilakukan. Silabukan juga terletak di antara Tungku, bandar Felda Sahabat dan bandar Lahad Datu, berhampiran kawasan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) serta Hutan Simpan Tabin dan dihubungkan dengan sistem jalan raya yang baik.[1]

Rujukan

WikiPedia: Lahad_Datu http://www.astroawani.com/video-malaysia/kronologi... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://edition.cnn.com/2013/02/15/world/asia/malay... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18622 //scholar.google.com/scholar?q=%22Lahad+Datu%22 //www.google.com/search?&q=%22Lahad+Datu%22+site:n... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Lahad... //www.google.com/search?q=%22Lahad+Datu%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Lahad+Datu%... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/...